ASSALAMUALAIKUM...
alhamdulillah...selesai sudah majlis penyampaian sumbangan untuk mereka-meraka yg kurang berkemampuan...kalau tahun lepas,pergi rumah ke rumah tapi kali ni,majlis di buat di masjid...mungkin sebab jumlah penerimanya lebih ramai dari thn lepas...30 org semuanya....da gerenti penat kalau nk meronda rumah ke rumah...syukur..syukur...syukur....majlis berjalan dgn sempurna sekali....terima kasih untuk org2 kg yg sudi dtng tu...hari ni dpt la berkenalan dgn mereka2 tu...selalu jumpa,senyum-senyum je..tpi hari ni dapt la bertegur sapa....ramah-ramah semuanya....sempat la juga ambil pic mereka-mereka tu....jom tengok...
|
barang-barang sumbangan
|
|
makanan yg ada dlm beg... |
|
haji zabir berucap sepatah 2 kata... |
|
mereka2 yg menerima bantuan |
|
en sewah |
|
ibu tunggal |
|
selesai sudah.... |
ALHAMDULILLAH.....MOGA DI MURAHKAN REZEKI BAGI MEREKA-MEREKA YG SERING BERSEDEKAH....SESUATU YG SANGAT DI TUNTUT....
“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya“. ( Al-Baqarah : 261 )
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )
MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( H.R Al-Baihaqi )
BERSEDEKAHLAH SELAGI PELUANG MASIH ADA
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan